Saturday, November 2, 2013

Seluar dalam istimewa penapis bauan kentut

8:18 PM

Seluar dalam istimewa untuk wanita yang berharga USD31 (RM95)
Orang Amerika yang suka makan keju tidak perlu risau lagi.
Seluar dalam penapis bauan kentut yang dikeluarkan oleh sebuah syarikat British sedang berkembang dengan begitu pesat sekali hasil dari permintaan tinggi dari Amerika. Ternyata seluar dalam yang dipanggil 'Shreddies' itu mampu memenuhi keperluan orang Amerika yang gemar makan keju dan makanan 'fast-food' seperti burger dan hotdog, antara penyebab kepada pencemaran udara segar.
Semenjak cerita tentang seluar dalam ini keluar di internet, permintaan terhadapnya telah meningkat sebanyak 400% dan majoriti daripadanya datang dari Amerika. 
Shreddies meletakkan kain yang diperbuat dari karbon di belakan bahagian belakang seluar dalam  dan dikenali sebagai Zorfex. Zorfex mampu untuk menghapuskan bauan kentut lebih 200 kali berbanding dengan bauan kentut tanpa penapis. 
Seluar dalam untuk lelaki berharga antara $39~$45 sementara untuk wanita pula $31~$34.
Bayangkan sekarang anda boleh kentut secara aman di tempat-tempat awam, terima kasih kepada Shreddies.

Written by

Happy? Funny? Sad? Angry? Feeling depressed? Contemplating to bang your head to the wall? Speak your mind out in the comments box below!

0 comments:

Post a Comment

 

© 2013 The Pulp Xpress. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top