Friday, February 28, 2014

Dr Riduan Tee mempersoalkan apa kaum Cina mahu?

11:30 AM



Screenshot from 2014-02-28 11:08:12.png 


Dr Ridhuan Tee yang membahaskan tentang pemikiran orang cina yang secara terang tidak mahu menerima orang Melayu langsung di dalam Malaysia ini dan memberitahu secara terang bahawa DAP mengikut corak pemikiran PAP Lee Kuan Yew dari Singapura yang bercita cita supaya Cina dapat menjadi Perdana Menteri di Malaysia satu hari nanti. Dr Ridhuan Tee juga menjelaskan kemahuan orang cina supaya orang Melayu menjadi hamba di tanah ini dan sekiranya boleh, orang cina mahu menghalau orang Melayu keluar dari Malaysia ini.

Apa itu Kontrak Sosial dan Perkara 153:
1.Ketuanan Melayu ialah kontrak sosial hasil persetujuan orang cina dan Melayu dimana orang Melayu adalah tuan kepada Persekutuan Tanah Melayu (sekarang) adalah Malaysia. Orang Cina yang dibawa masuk oleh British adalah pendatang dan orang cina (nenek moyang mereka) bersetuju bahawa mereka sebagai orang cina akan patuh dan kekal disifatkan sebagai terhutang budi kepada orang Melayu kerana kesanggupan dan kesediaan orang Melayu menerima mereka sebagai warganegara Persekutuan Tanah Melayu (sekarang Malaysia) walau orang Melayu tidak mahu menerima orang cina.

2.Tetapi orang Melayu terpaksa bersetuju sebagai prasyarat British memberikan kemerdekaan kepada Persekutuan Tanah Melayu. Orang Melayu yang terdesak untuk merdeka tidak boleh menunggu lagi dan pada waktu itu negara China telah menutup pintu dari menerima orang cina di Malaysia dan British yang tahu akan hal ini telah awal awal mengumumkan tidak mahu orang cina ini dibawa masuk ke British. Jadi orang Melayu telah tersepit dan terpaksa menerima orang cina.

3.Oleh itu, sebagai timbal balik kerana kesanggupan dan kesediaan apa yang disifatkan sebagai pengorbanan orang Melayu untuk menerima orang cina, perlembagaan memberi peruntukan khas kepada orang Melayu dalam bentuk hak istimewa dan ini dimaktubkan di dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu (sekarang) adalah Malaysia. Persetujuan quid pro quo atau saling beri-memberi ini dipanggil kontrak sosial.

4.Walaupun konsep ketuanan Melayu ini wujud sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan, tetapi pemimpin Melayu yang tidak mahu mengunkitkan hal bahawa cina adalah pengkhianat dalam tragedi 13 Mei 1969 dan mengambil sikap berdiam diri untuk menjaga hati cina supaya orang Melayu tidak melabelkan kaum cina sebagai pengkhianat dan untuk membuang perasaan orang cina itu sendiri bahawa mereka adalah pengkhianat terhadap perjanjian perlembagaan.

5.Ketuanan Melayu tidak menjadi satu perkara yang disebut ramai sebelum tahun 2003 kerana orang cina pada masa itu semua akur dan tunduk dibawah pemerintahan Tun Mahathir yang menjaga orang Melayu. Tentangan paling kuat terhadap konsep ini adalah dari Parti Tindakan Demokratik (DAP) selepas Tun Mahathir meletakkan jawatan. Tetapi sebelum kemerdekaan yang pelik nya, orang cina bersetuju terhadap konsep Ketuanan Melayu kerana pada masa itu mereka mahukan hak kerakyatan. Selepas menerima kerakyatan yang diberi oleh orang Melayu, mereka secara perlahan lahan menentang sehingga lah menjadi rusuhan kepada 13 Mei 1969.

6.Konsep keulungan dan ketuanan Melayu ini mendapat perhatian dalam tahun 1940-an apabila orang Melayu bersatu untuk menentang penubuhan Malayan Union dan kemudian, berjuang untuk kemerdekaan. Semasa tahun 60-an, terdapat usaha yang cukup besar untuk mencabar ketuanan Melayu, diketuai oleh Parti Tindakan Rakyat (PAP) dari Singapura iaitu selaku abang kandung kepada DAP sekarang.

7.Tragedi 13 Mei 1969 menyaksikan kebangkitan ultra Melayu yang mendesak agar kerajaan parti tunggal diketuai UMNO, supaya menekan Melayu adalah "orang asal" di Malaysia. Rusuhan kaum mengakibatkan perubahan besar dalam pendekatan kerajaan kepada isu perkauman, dan menyebabkan pengenalan Dasar Ekonomi Baru(DEB) iaitu dasar tindakan afirmatif yang secara agresif untuk menjaga hak hak orang Melayu. Bermula penubuhan Dasar Ekonomi Baru(DEB) orang cina sudah mula berpakat untuk menguasai dan menindas orang Melayu didalam sektor swasta bagi menunjukkan penentangan mereka kepada Dasar Ekonomi Baru(DEB).

8.Selepas Tun Mahathir meletakkan jawatan iaitu dalam tahun 2003, ahli-ahli politik cina mula bersuara dan menekankan untuk menghapuskan ketuanan Melayu, dan membidas secara keras terhadap apa sahaja dasar kerajaan sehinggalah kepada kontrak sosial.

Written by

Happy? Funny? Sad? Angry? Feeling depressed? Contemplating to bang your head to the wall? Speak your mind out in the comments box below!

0 comments:

Post a Comment

 

© 2013 The Pulp Xpress. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top