Showing posts with label Robbery. Show all posts
Showing posts with label Robbery. Show all posts

Sunday, November 10, 2013

Pembunuh Norazita berjaya ditangkap polis!




Tahniah PDRM!

KUALA LUMPUR Nov 10, 2013: Pengawal keselamatan yang menembak mati pegawai Ambank Norazita Abu Talib, 37, dalam kejadian rompakan di Ambank cawangan Subang Jaya pada 23 Okt lepas, telah berjaya ditangkap polis pagi ini.

Perkara ini disahkan oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam laman Twitternya apabila beliau mengucapkan tahniah kepada pasukan Ops Cantas Bukit Aman yang dikatakan telah berjaya menangkap suspek di Johor Baharu.



Dalam kejadian pada pukul 6.18 petang itu, Norazita, maut ditembak oleh suspek ketika beliau membuka peti besi di dalam bilik kebal bank berkenaan, bersama-sama seorang lagi pegawai wanita.

Mangsa yang sudah berkerja selama 16 tahun di bank itu meninggal dunia di tempat kejadian susulan kecederaan parah pada bahagian kepala akibat ditembak dengan 'pump gun' oleh suspek.

Suspek kemudian melarikan sejumlah RM450,000 dari bilik kebal itu.

Rakaman video selama 32 saat, yang dipercayai sedutan CCTV memaparkan insiden itu, telah tersebar dengan meluas di laman sosial ekoran kejadian tersebut..





Sunday, October 27, 2013

Akaun FB perompak Ambank dikesan


Akaun perompak dan pembunuh yang telah membunuh pegawai bank di Ambank telah dapat dikesan. Nama penjenayah di dalam Facebook ialah Ardi Ode Putra Katela yang berasal dari Indonesia. Sila sebarkan gambar ini supaya ramai rakyat Malaysia dapat mengecam penjenayah ini.

Friday, October 25, 2013

Kes Rompakan di bank, 3 ditahan, RM20,000 dijumpai


25/10/2013 2:04pm

SHAH ALAM - Polis menahan tiga individu termasuk seorang wanita, dipercayai isteri kepada suspek kes bunuh seorang pegawai bank yang mati ditembak pengawal keselamatan di Jalan USJ Central 2, Subang Jaya, kelmarin.

Ketua Polis Selangor, Datuk Mohd. Shukri Dahlan berkata, ketiga-tiga suspek iaitu dua saudara lelaki suspek dan wanita berusia 20a-an dan 30a-an itu ditahan di sebuah rumah di Kota Kemuning, dekat sini pada malam kejadian tersebut.

Menurut beliau, siasatan lanjut juga menemui semula wang RM20,000 yang dilarikan suspek dalam kejadian itu pada salah seorang saudara lelakinya yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah gedung perniagaan di Subang Jaya pada hari yang sama.

Kata beliau, siasatan lanjut juga mendapati suspek yang melarikan wang berjumlah RM450,000 itu bukan warganegara Malaysia dan menggunakan kad pengenalan palsu dipercayai berasal dari negara jiran.

"Siasatan kini masih dijalankan bagi memburu suspek yang dikenali sebagai Ardi Hamza, 37.

"Suspek juga dipercayai berbahaya kerana memiliki selaras senjata jenis pump gun dan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenainya diminta segera menghubungi mana-mana balai polis berhampiran," katanya yang mempercayai suspek masih berada dalam negara ini.

Ekoran kejadian itu, Mohd. Shukri turut meminta orang ramai agar tidak menyebarkan gambar-gambar mangsa yang boleh menyebabkan mereka yang didapati melakukannya diambil tindakan dibawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

"Kita (polis) sudah membuat laporan dan siasatan akan dijalankan bagi mengenal pasti individu yang bertanggungjawab menyebarkan gambar-gambar mangsa yang dipercayai boleh mengggangu siasatan dan proses undang-undang.

"Adalah menjadi satu kesalahan bagi orang awam termasuk anggota polis melakukan perbuatan tersebut dan kita boleh mengambil tindakan mengikut seksyen tersebut," ujarnya. - KOSMO

Wednesday, October 23, 2013

Pegawai bank mati ditembak di kepala

Gambar CCTV penjenayah di bilik kebal

SUBANG JAYA: Seorang pegawai bank maut selepas ditembak seorang pegawal keselamatan bank yang mahu merompak wang di dalam bilik kebal bank terbabit.

Kejadian berlaku di cawangan bank berkenaan di USJ 2 Sentral, Subang Jaya.

Menurut sumber polis, mangsa seorang wanita berusia 37 tahun, difahamkan bersama suspek serta empat lagi pegawai bank  berada di dalam bilik kebal dipercayai mahu menyimpan sejumlah wang kira-kira pukul 6.18 petang.

Bagaimanapun suspek yang berasal dari Sabah yang bersenjatakan 'pump gun' itu telah melepaskan tembakan dan mengenai kepala mangsa.

Suspek kemudiannya telah melarikan diri bersama sejumlah wang dengan menaiki motosikal.

Bagaimanapun, jumlah wang yang dilarikan diketahui.


Gambar suspek.




Source: Astro Awani



Welcome on Board!

Welcome on Board!
The Pulp Xpress!

Advertise Here!

Advertise Here!

 

© 2013 The Pulp Xpress. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top