Showing posts with label Accidents. Show all posts
Showing posts with label Accidents. Show all posts

Thursday, April 17, 2014

Karpal Singh maut kemalangan dekat Gopeng

Karpal

KUALA LUMPUR:Bekas Pengerusi DAP yang juga peguam terhormat, Karpal Singh maut dalam satu kemalangan di Lebuh Raya Utara Selatan dekat Gua Tempurung, Gopeng awal pagi ini.

Karpal, 74, maut di tempat kejadian dalam nahas yang berlaku kira-kira pukul 1 pagi itu. Kemalangan itu turut meragut nyawa pembantu beliau, Michael Cornelius, 39 tahun.

Anak sulung Karpal, Gobind Singh Deo mengesahkan pemergian bapanya melalui satu kenyataan di Twitter pada pukul 3.40 pagi.


Karpal sebelum itu dilaporkan dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang bersama anak lelakinya, Ramkarpal Singh untuk mengendalikan satu kes mahkamah pagi ini.


Ketua Polis Daerah Kampar Supt Ng Kong Soon berkata Karpal, dan pembantu peribadinya Michael, maut di tempat kejadian.

Selain itu, katanya, pembantu rumah Karpal Singh, seorang wanita warga Indonesia cedera parah dan mengalami pendarahan di bahagian otak sementara anak lelaki pemimpin DAP itu, Ram Singh, 38, dan pemandu kenderaan MPV tidak mengalami kecederaan dalam kemalangan pada pukul 12.40 pagi itu.

Karpal
Kereta yang membawa mendiang Karpal Singh remuk teruk dalam kemalangan berdekatan Tapah

"Siasatan awal polis mendapati kenderaan MPV jenis Toyota Alphard berwarna putih yang membawa lima penumpang termasuk Karpal Singh dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang dipercayai hilang kawalan apabila tiba di kawasan kejadian dan melanggar bahagian kanan lori yang sedang bergerak di sebelah kiri laluan itu," katanya.

Ramkarpal dan pemandu kereta yang mereka naiki dilaporkan cedera.

Menurut laporan, kereta jenis Toyota Alphard yang mereka berlanggar dengan sebuah lori. Rakaman foto di tempat kejadian menunjukkan kenderaan berwarna putih itu rosak teruk.

Beliau berkata lori lima tan yang membawa muatan simen, besi dan mozek itu dipercayai bergerak perlahan di sebelah kiri laluan ke utara itu memandangkan ia membawa muatan berat dan tempat kejadian juga merupakan kawasan laluan berbukit.

Ng berkata kesemua mangsa dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh.

Karpal
Anak mendiang, Gobind Singh ditenangkan sahabat handai di Hospital Raja Permaisuri Bainun

Operasi menyelamat kesemua mangsa dalam kemalangan itu dibantu anggota Bomba dan Penyelamat di tempat kejadian, katanya.

Karpal pernah terlibat dalam satu kemalangan jalan raya pada 2005 yang menyebabkan beliau lumpuh dan sejak itu menggunakan kerusi roda.

Monday, October 21, 2013

Juruteknik dikhuatiri lemas selepas SUV terbabas masuk sungai

21/10/2013 1:40pm




JITRA - Seorang juruteknik Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), Wan Mohd. Azri Wan Mansor, 24, dikhuatiri lemas selepas kenderaan dinaiki terbabas masuk ke dalam Sungai Korok di sini kira-kira pukul 9.30 pagi tadi.
Difahamkan, kejadian berlaku ketika mangsa dalam perjalanan ke tapak kerja di Kubang Sepat di sini dengan menaiki sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) dipandu seorang kontraktor.
Kontraktor terbabit bagaimanapun berjaya menyelamatkan diri.
Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Jitra,Mohamad Darus berkata, operasi mencari mangsa masih giat dijalankan dan pihak MADA telah menutup pintu air B ke C sejauh kira-kira 3 kilometer. - KOSMO
Source: Kosmo

Thursday, October 17, 2013

Empat parah nahas tiga kenderaan

KUALA PILAH: Empat orang termasuk pemandu dan penumpang tiga kenderaan dikejarkan ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah, di sini untuk mendapatkan rawatan lanjut akibat parah selepas terbabit nahas di Jalan Seremban-Kuala Pilah, dekat Bukit Putus, kira-kira jam 6 pagi tadi.
Menurut sumber, kemalangan dipercayai berpunca apabila sebuah kereta Proton Saga BLM dipandu, Mohd Wasan Ismail, 22, dari arah Seremban memasuki laluan bertentangan lalu bertembung dengan sebuah kereta Perodua Myvi dari arah Kuala Pilah.
Sumber berkata, akibat pertembungan yang kuat, Perodua Myvi dinaiki Mazira Ishak, 25, dan tunangnya, Izwan Yusof, 27, terbalik beberapa kali lalu terbakar.

"Bagaimanapun, kedua-dua mangsa di dalam kereta Perodua Myvi berjaya diselamatkan orang ramai," katanya.
Sementara itu, sebuah kereta Naza Citra dipandu, Khairul Izhar Razali, 21, yang mengekori Perodua Myvi turut terbabas ke dalam parit kerana cuba mengelak dari bertembung.

Dalam perkembangan sama, sepasukan dua pegawai dan 12 anggota bomba bersama dua jentera masing-masing dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Pilah dan Senawang dikejarkan ke tempat kejadian untuk operasi menyelamat mangsa.

Wednesday, October 16, 2013

3 beranak maut di Lebuhraya KL-Karak

Gambar Hiasan

KUALA LUMPUR - Sepasang suami isteri yang bertugas sebagai anggota tentera dan anak perempuan mereka terbunuh selepas kereta jenis Perodua Alza yang dinaiki mereka merempuh sebuah lori tangki di KM49.0 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dekat Bukit Tinggi hari ini.
 
Ketua Polis Bentong, Superitendan Mohamad Mansor Mohd Nor berkata, ketika-tiga mangsa yang meninggal dunia di tempat kejadian ialah pemandu Perodua Alza, Jiman Raup, isterinya Nik Zaieyahaliza Ya, dan anak perempuan mereka berusia dua tahun, Nurul Damia.
   
Beliau memberitahu Bernama kemalangan berlaku kira-kira pukul 7 pagi apabila kenderaan yang dipandu Jiman dari Terengganu ke Kuala Lumpur bertembung sebuah lori tangki tanpa muatan yang menghala ke Pantai Timur.  - Bernama

Welcome on Board!

Welcome on Board!
The Pulp Xpress!

Advertise Here!

Advertise Here!

 

© 2013 The Pulp Xpress. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top