Sunday, November 3, 2013

Anne Frank: Dulu dan sekarang

9:09 AM


Anne Frank dikenali kerana diarinya, yang ditulis semasa bersembunyi bersama keluarganya di loteng di sebuah rumah di Amsterdam, untuk mengelak dari ditangkap oleh Gestapo Nazi semasa Belanda dikuasai oleh tentera Germany di dalam perang dunia ke-2. Walaupun kematian tragiknya pada umur 15 tahun di pusat tahanan Nazi di Treblinka, Poland, kematangan, keberanian dan sikap penyayangnya memberi kesan kepada pembaca diarinya di seluruh dunia. 
Terpapar pada diarinya seorang remaja perempuan yang mempunyai pemikiran yang tajam dan matang menjangkaui umurnya yang baru berusia 14 tahun, iaitu umur semasa beliau mula menulis diari tersebut. 
Gambar-gambar dibawah ini adalah gabungan gambar-gambar lama di era 1940an semasa perang dunia ke-2 dan gambar kontemporari di Amsterdam sekarang, khasnya gambar di sekitar kediaman Anne Frank. Kalau dilihat, tidak banyak berubah, baik dari segi rupa bentuk bangunan, jalanraya atau di kaki lima. Lokasi gambar-gambar kontemporari ini diambil tepat di mana kejadian dirakamkan pada tahun 1940an dulu, semasa tentera Nazi menakluki Amsterdam.
Bila lihat gambar-gambar ini, terfikir pula Malaysia turut mempunyai sejarah menarik pada awal era kurun ke-19 yang lampau dan banyak gambar hitam putih pada tahun 1900an dulu. Kalaulah ada yang kreatif untuk gabungkan gambar-gambar tersebut dengan gambar kontemporari sekarang, pastinya ianya akan menjadi lakaran sejarah lampau yang sangat menarik. 
2013-10-30-AFS_AvA_Merwedeplein_02.jpg
© Anne Frank House 
2013-10-30-AFS_AvA_Berlagebrug_04.jpg
Photo Montage: Michel Dankaarts, LBi Lost Boys
© Anne Frank House© NIOD / Anne Frank House

2013-10-30-AFS_AvA_Blauwbrug_02.jpg
Photo Montage: Michel Dankaarts, LBi Lost Boys
© Anne Frank House© NIOD / Anne Frank House

2013-10-30-AFS_AvA_MeijerpleinV2lanE5.jpg
Photo Montage: Michel Dankaarts, LBi Lost Boys
© Anne Frank House© NIOD / Anne Frank House

2013-10-30-AFS_AvA_Museumplein_02.jpg
Photo Montage: Michel Dankaarts, LBi Lost Boys
© Anne Frank House© NIOD / Anne Frank House

2013-10-30-AFS_AvA_Singel400cut_03.jpg
Photo Montage: Michel Dankaarts, LBi Lost Boys
© Anne Frank House© Anne Frank House / Anne Frank Fonds

2013-10-30-AFS_AvA_Victorieplein_03.jpg
Photo Montage: Michel Dankaarts, LBi Lost Boys
© Anne Frank House© NIOD / Anne Frank House

2013-10-30-AFS_AvA_Waterlooplein_03.jpg
Photo Montage: Michel Dankaarts, LBi Lost Boys
© Anne Frank House © NIOD / Anne Frank House

Written by

Happy? Funny? Sad? Angry? Feeling depressed? Contemplating to bang your head to the wall? Speak your mind out in the comments box below!

0 comments:

Post a Comment

 

© 2013 The Pulp Xpress. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top