Percaya atau tidak, ini sebenarnya adalah seorang remaja yang sedang menggayakan watak anime yang dia minati. Namanya ialah Anatasiya Shpagina. Remaja 19 tahun dari Ukraine ini telah menetapkan misi untuk menghidupkan watak anime ini setiap hari sepanjang hidupnya.
Sekarang remaja itu mempunyai fanpagenya sendiri iaitu di Facebook dan juga pengikut di Youtube yang memaparkan tutorial untuk bermekap seperti watak anime yang mereka diminati. Remaja yang mempunyai ketinggian 5'2" dan berat 90 lb ini menghabiskan masa berjam-jam setiap hari untuk memuaskan hati dengan hobinya yang pelik ini.
Jika dilihat di Youtube, gayanya tidak ubah seperti patung, jarang bercakap dan tidak senyum langsung. Beliau hanya melambai tanganya sekali-sekala. Gayanya seperti seorang pelakon 'method acting' terkenal seperti Daniel Day Lewis, cuma saya rasa Lewis tidak mampu lakukan gaya seperti remaja ini jika pun beliau ingin mencubanya. Pada saya agak sukar memahami remaja yang sudah berumur 19 tahun melakukan perkara pelik seperti ini. Kalau budak berumur 12 tahun tidaklah nampak terlalu janggal sangat.
Adakah Anastasiya telah melakukan transfromasi diri di luar dari kewarasan akal? Tengok sendiri gambar-gambarnya dan anda tentukan sendiri.
0 comments:
Post a Comment