Saturday, November 2, 2013

Askar lihat isterinya ditikam secara live di dalam video chat.

1:25 PM


Seorang askar US yang berkhidmat di luar negara hanya mampu melihat isterinya yang sarat mengandung ditikam bertubi-tubi secara live di dalam video chat oleh seorang penjenayah yang memasuki rumah mereka.
Rachel Poole, 31, sedang berada di rumah mereka di Texas sedang bercakap dengan suaminya, Justin Pele di FaceTime apabila seorang lelaki telah menceroboh rumah mereka dan menyerang wanita itu dengan pisau.

Mengikut satu sumber, penyerang itu dikenali sebagai Corey Moss, seorang askar yang telah berhutang sejumlah wang dari suaminya.
Justin Poole, yang sedang berkhidmat di Asia pada masa itu, telah menghubungi Fort Bliss, iaitu pengkalan tentera di mana Moss sedang berkhidmat.
Jiran-jiran memberitahu bahawa Moss meminjam wang dari Poole untuk membaiki kereta yang telah dipinjam dari pasangan tersebut.
Moss telah memecah masuk rumah itu semasa Rachel keluar. Apabila Rachel kembali ke rumah, dia telah membuka Apple video chat yang dikenali sebagai FaceTime dan mula berbual dengan suaminya.
Rachel sedang mengandung 9 bulan semasa beliau diserang. Bayi di dalam kandungan dijangka akan dilahirkan dalam masa seminggu dan kedua-duanya selamat. Pasangan tersebut bercadang untuk menamakan anak mereka Isabella.
Pegawai-pegawai di Fort Bliss telah menahan Moss semasa beliau kembali ke pengkalan tentera tersebut.



Written by

Happy? Funny? Sad? Angry? Feeling depressed? Contemplating to bang your head to the wall? Speak your mind out in the comments box below!

0 comments:

Post a Comment

 

© 2013 The Pulp Xpress. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top