Friday, November 1, 2013

Drebar bas menjadi penyelamat wanita yang ingin bunuh diri.

7:48 AM





Darnell Barton telah menjadi seorang penyelamat kepada seorang wanita apabila ternampak wanita itu berpaut kepada rel di atas jambatan dalam apa yang dianggap sebagai cubaan bunuh diri.

Dia telah menghentikan bas yang penuh dengan pelajar di atas sebuah jambatan dan menanyakan semaada wanita itu okey. Apabila wanita itu tidak menjawab, drebar itu menghampiri wanita yang kelihatan sangat murung itu.

Barton terus memegang tangan wanita itu dan menanyakan semaada beliau mahu kembali dalam selamat. Apabila wanita itu mengatakan 'ya', beliau terus mengangkat wanita itu ke tepi jalan dan cuba menenangkan nya.

Insiden dramatik itu telah dirakam dari CCTV bas dan semenjak video itu timbul, Barton telah diangkat sebagai hero di Amerika kerana tindakanya.

Tidak lama selepas itu polis telah sampai di tempat kejadian dan apabila Barton naik semula bas, beliau telah disambut seperti wira oleh pelajar-pelajar di dalam bas tersebut.

Barton berkata, "Saya terpaksa lakukan apa yang saya rasa perlu pada masa itu."




Written by

Happy? Funny? Sad? Angry? Feeling depressed? Contemplating to bang your head to the wall? Speak your mind out in the comments box below!

0 comments:

Post a Comment

 

© 2013 The Pulp Xpress. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top