Gambar gadis yang bernama Sarah Ruddenklau di Facebook
CHRISTCHURCH, New Zealand November 07, 2013
Seorang predator seks yang menyamar sebagai seorang gadis cantik di Facebook untuk memerangkap remaja-remaja lelaki diperintahkan untuk melapurkan diri kepada pihak berkuasa selepas menelefon salah seorang mangsanya selepas keluar dari penjara.
Cameron Stuart Hore, 30, sering melayari internet di chatroom dan Facebook untuk mencari mangsa dan ada antaranya baru berusia 11 tahun.
Menyamar sebagai Sarah Ruddenklau, lelaki yang berasal dari Christchurch itu pernah menjanjikan wang sebanyak $6000 kepada remaja-remaja tersebut untuk berjumpa dan mengadakan hubungan seks.
Selepas melakukan seks, dia tidak membayar kepada mereka. Apabila mangsa-mangsanya menuntut wang, dia mengugut akan memberitahu 'rahsia hitam' mereka kepada kawan-kawan dan jiran-jiran mereka.
Pada Julai tahun lepas, dia dhukum penjara selama 4 tahun 1 bulan oleh seorang hakim kerana jenayah yang dianggap perbuatan menjijikkan itu.
Makhamah tinggi di Christchurch telah mendengar tentang dakwaan 11 mangsa Hore - semuanya remaja lelaki berumur antara 11 hingga 19 tahun - telah hidup dengan rasa ketakutan bahawa rahsia mereka akan terbongkar dengan kehadiran video-video yang didakwa oleh Hore dirakamkan semasa mereka melakukan seks.
Hakim Alistair Garland memerintahkan Hore direman sehingga kes dibicarakan pada November 28.
0 comments:
Post a Comment