SIAPA tidak kenal pengembara solo, penunggang gigih yang menjelajah dunia dengan motosikal kapcai, Syed Ahmad Abdul Hadi Hussein atau lebih dikenali sebagai Hadi Hussein.
Menurutnya, beliau berhasrat mengembara ke enam benua sepanjang hayatnya. Enggan menetapkan sasaran umur untuk berbuat demikian, katanya, selagi mempunyai kesihatan yang baik dan kesempatan masa, beliau akan meneruskan impiannya itu.
"Alhamdulillah, setakat ini saya sudah ke dua benua. Saya memang jenis orang yang tidak kenal erti penat. Seperti pepatah Cina, bagi saya 'sehari mengembara, ilmu yang kita dapat lebih daripada membaca'.
"Kali ini saya akan menunggang motosikal dari Paris, Perancis ke Dakar, Afrika sekitar Disember ini. Sekarang pun saya sedang giat buat persiapan untuk ke sana," katanya.
Meliputi jarak sekurang-kurangnya 10,000 kilometer perjalanan Paris-Dakar itu dijangka mengambil masa kira-kira 80 hari dengan cabaran daripada segi iklim.
tema 'Saya orang Malaysia'
Membawakan tema 'IAMALAYSIAN' (Saya Orang Malaysia) menurut pemuda bujang berusia 42 tahun ini, usahanya itu bukan bertujuan mengejar habuan mahupun trofi, tetapi untuk membuktikan kepada mereka yang meraguinya serta memberikan inspirasi kepada rakyat Malaysia.
Pada 2010, Hadi Hussein mengejutkan ramai orang rapat dengannya apabila mengambil keputusan berhenti kerja apatah lagi mempunyai kerjaya menarik sebagai seorang pekerja kemanusiaan.
Beliau memulakan pengembaraan solo kali pertamanya dari Kuala Lumpur ke London, England dengan motosikal kecil sejauh 24,000 kilometer (KM) jalan darat tanpa sebarang tajaan.

Sebelum perjalanan solo itu lagi, ada memandang sebelah mata apabila beliau memaklumkan ideanya itu. Malahan katanya ada kalangan ahli keluarga, rakan-rakan, peminat permotoran dan penaja berpotensi memandang rendah impiannya, yakin bahawa Hadi telah 'hilang fikiran' dan mahu 'membunuh diri' untuk pergi ke situasi berbahaya dan dilihat mustahil, tambahan pula melihat beliau yang mahu berekspedisi hanya dengan motosikal 130cc.
Hadi selamat tiba di London pada bulan Oktober. Beliau berjaya membuktikan kejayaannya apabila pada 24 April 2010 kepulangannya disiarkan secara langsung di sebuah rangkaian televisyen swasta, selepas menyeberangi 24 negara selama enam bulan.
Pengembaraan kedua
Kesan perjalanan jauh hampir hipotermia, dehidrasi dan alami masalah kesihatan dalam kembara pertama tidak mematahkan semangat Hadi. Selepas dua tahun, beliau merancang pula perjalanan 'Cabaran Khatulistiwa IAMALAYSIAN Challenge 2012'.
Pada ketika itu sudah ramai yang mula memberikan sokongan kepadanya sehingga pada Disember 2012, beliau berangkat lagi pada pengembaraan kedua.
Perjalanan mengambil masa kira-kira tujuh minggu menjangkau lebih 11,000 km yang meliputi hujung kepulauan Indonesia - Sumatera, Jawa, Bali, Lombok, Komodo, Flores, Sumbawa dan Pulau Sulawesi, serta Kalimantan di Borneo dengan melalui Sabah, hanya dengan menaiki kapcai 130cc yang sama.
Tetap tidak kenal erti putus asa, menurutnya, beliau menjangkakan kembara ketiganya, Cabaran Paris-Dakar 2013 lebih mencabar.
Beri tip pada pengembara
Ditanya nasihatnya kepada mereka yang ingin mengikut jejak langkahnya, pemuda berasal dari Johor ini memberitahu, yang penting seseorang itu perlulah 'kenal' dengan motosikalnya terlebih dahulu.
Menurutnya, antara perkara asas perlu diketahui sebelum mahu mengembara dengan motosikal secara solo ialah, sama ada seseorang penunggang itu mampu mengangkat motosikal sendiri jika terjatuh atau tidak; boleh menukar mentol motor, minyak hitam, tukar atau tampal tayar bocor dan atau tahu penyelenggaraan absober atau tayar motor atau tidak.
"Ini penting kerana jika kita sudah mengembara terutamanya di luar negara mungkin tiada siapa boleh tolong kita. Jadi perlu tahu juga," katanya.
Menurutnya, beliau sendiri memilih mengembara dengan motosikal kapcai disebabkan beberapa faktor seperti kos terlibat lebih efektif, penyelenggaraan lebih mudah dan adanya fleksibiliti.
Khidmat spa motosikal
Hadi berkata, ramai ingin mengembara bermotosikal secara solo sepertinya, tetapi tidak tahu caranya menyebabkan dia menjadikan bengkel yang juga 'spa' motosikalnya terletak di Taman Medan, Petaling Jaya sebagai 'pusat setempat' untuk berkongsi informasi berkaitan.
Menurutnya, di spa nya itu yang telah dibuka pada Oktober 2012, peminat motosikal bukan sahaja boleh bersantai dan berkongsi maklumat serta pengetahuan mengenai motosikal, tetapi boleh mendapat lain-lain servis berkaitan. Ini termasuk penyelenggaraan dan servis cuci motosikal, selain mendapatkan khidmat nasihat berkenaan motosikal dan pengembaraan bermotor.
Sumber
0 comments:
Post a Comment