Thursday, November 7, 2013

Lelaki diikat kaki mati terbakar

9:30 AM

Gambar hiasan

MARANG -- Seorang lelaki didapati mati terbakar hangus dalam keadaan kedua-dua belah kakinya diikat di Kampung Lubuk Perah, malam kelmarin.
Rosli Omar, 41, yang belum berkahwin, dijumpai pada pukul 11:40 malam dengan keadaan separuh dari tubuhnya terbakar.
Nor Khairee Abd Rahman dari stesen bomba Wakaf Tapai memberitahu bahawa apabila mereka sampai di tempat kejadian, api telah dapat dipadamkan oleh penduduk kampung Wakaft Tapai.
Mereka memecahkan pintu untuk masuk ke rumah dan menjumpai mayat mangsa di atas katil.
Punca kebakaran masih belum diketahui dan mayat dibawa ke Hospital Hulu Terengganu untuk dibedah siasat.

Written by

Happy? Funny? Sad? Angry? Feeling depressed? Contemplating to bang your head to the wall? Speak your mind out in the comments box below!

0 comments:

Post a Comment

 

© 2013 The Pulp Xpress. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top