The Global Slavery Index memperlihatkan ranking 160 buah negara melalui kombinasi tiga faktor: perhambaaan moden yang berlaku di kalangan penduduk, dari segi jumlah perkahwinan dengan kanak-kanak, dan dari segi jumlah penyeludupan dan memperdagangkan manusia masuk atau keluar dari sesebuah negara. Ukuran ini lebih berat kepada faktor pertama. Ranking nombor satu adalah paling buruk sementara ranking ke-160 adalah yang terbaik.
Mauritania adalah negara yang terburuk dari segi rekod perhambaan, diikuti oleh Haiti, Pakistan dan India.
Pakistan dan India berada pada ranking yang terburuk berkemungkinan kerana meluasnya perkahwinan dengan kanak-kanak (child marriage) di kalangan penduduk mereka.
Malaysia berada pada ranking ke-121. Singapore pula berada pada ranking ke-142.
Malaysia berada pada kelompok yang dianggap baik dan mengatasi negara maju seperti Israel yang berada pada ranking ke-111. Jiran kita, Indonesia pula berada pada ranking ke-114. Iceland adalah negara yang terbaik dari 160 buah negara yang tersenarai.
Kalau dilihat di bawah, anggaran jumlah perhambaan manusia di Malaysia ialah lebih-kurang 25,000 orang. India di antara 13.3 juta - 14.7 juta orang sementara China di antara 2.8 juta - 3.1 juta orang.
Nota: Sila klik imej-imej di atas untuk besarkan.
Untuk melihat ranking yang lebih terperinci boleh lawati ke laman berikut:
0 comments:
Post a Comment