Tuesday, October 15, 2013

Skru ganggu tulang saya

4:10 PM


Sepang: Pelumba Moto3 negara Zulfahmi Khairuddin terpaksa menarik diri daripada perlumbaan Grand Prix Motosikal Malaysia semalam selepas merasai kesakitan yang amat sangat di pergelangan tangan kanannya hasil pembedahan kecil yang dilakukan sebelum ini.
Zulfahmi yang mewakili pasukan Red Bull KTM Ajo mengambil keputusan itu selepas sempat keluar seketika pada sesi pemanas badan di sebelah pagi sebelum kembali semula ke pit.
“Saya rasai kesakitan ini sejak bangun tidur dan selepas itu ambil keputusan untuk buat suntikan di pergelangan tangan.

“Bila mula sesi pemanas badan, saya mula rasa tidak selesa seperti tidak dapat memegang dengan baik. Bila masuk ke selekoh, saya juga tak dapat brek dengan baik.
“Doktor lakukan ujian imbasan dan mendapati skru yang ditanam di tangan saya mengganggu tulang. Itu yang menyebabkan saya rasa amat sakit.
“Selepas berbincang dengan pasukan, kami ambil keputusan untuk tarik diri sebab tak guna saya berlumba kalau tak dapat mengutip mata dan berada di kedudukan belakang.

“Saya minta maaf kepada semua penyokong. Saya harap mereka faham situasi yang saya alami sekarang ini,” katanya.

Ketiadaan Zulfahmi menyaksikan hanya pelumba wildcard Amirul Hafiq Azmi dan Husni Aizat Malik diharap dapat mencuri tumpuan penyokong yang hadir di Sepang.

Namun kedua-duanya juga mempamer aksi mengecewakan apabila gagal menamatkan perlumbaan selepas Amirul Hafiq terjatuh pada awal saingan meskipun berjaya menduduki tempat ke-20, begitu juga dengan Husni Aizat.

Rakan sepasukan Zulfahmi, Luis Salom bagaimanapun mengubat kekecewaan pelumba kelahiran Banting, Selangor itu apabila menaiki podium pertama selepas bersaing sengit hingga tamat dengan Alex Rins.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/10/14Sumber dari: http://www.hmetro.com.my/articles/2013101400422620131014004226/Article

Written by

Happy? Funny? Sad? Angry? Feeling depressed? Contemplating to bang your head to the wall? Speak your mind out in the comments box below!

0 comments:

Post a Comment

 

© 2013 The Pulp Xpress. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top